Pages

Sunday, October 21, 2007

Skrin LCD 17 inci.

Ini adalah siaran tertunda, hari ni duduk rumah rest selepas beraya & esok nak kerja)

Hari Raya Ke-4 16/10/07 Kat kampung di K Trg.

Adik aku, Fezol telah membuat demo pc yang telah 'hidup kembali' dengan mainboard baru (selepas ni dipanggil mobo). Mobo lama telah rosak kerana disyaki telah 'short'. Entah cammana aku lupa nak check kat ruang di antara mobo & mobo plate selepas pasang. Selain silap diri sendiri, faktor 'design' mobo plate jenis 'punch' (punch - tempat pasang skru mobo jenis timbul), bukan pakai 'riser' seperti yang yang biasa.

Lepas tu keluar cadangan untuk pasang kad grafik lama kat pc. Dah siap pasang, tekan saja butang 'on' satu kerlipan cahaya kelihatan di screen monitor yang sudah uzur itu.. oo..oo.. ini satu tanda yang kurang enak dan yaa.. monitor itu tidak sudi untuk menyala lagi walaupun kad grafik itu ditanggalkan semula. Troubleshoot - cuba sambung dengan sebiji lagi monitor yang ada yang boleh dikatakan rosak juga (display nyala separuh saja), ada display.. layan MP3 kejap untuk mengubat hati kerana kehilangan sebuah monitor (monitor ni adalah dari pc pertama aku, nak baiki tidak berbaloi rasanya).

Hari Raya ke-5 17/10/07

Pergi bandar nak beli monitor, pergi Mydin Mall nak ambil duit beli monitor sambil2 survey harga monitor untuk tanya harga. Harga Acer 17 ini RM600 (sama dengan harga kedai yang biasa pergi @ D***byte Computer - dah telefon petang kelmarin). Mesin ATM sudah Out of Service. Lepas tu pergi kat sebuah bank pinggir bandar ambil duit dan terus pergi ke D***byte. Survey juga kat kedai M*Tens di sebelahnya, harga sama jer, baik beli yang lebih branded lagi, M*Tens - brand local tapi OK gak. Setelah dibanding harga CRT 17" (dalam RM3xx). Akhirnya keputusan untuk beli sebiji monitor LCD 17" Acer telah dibuat. Memang hari tu kena beli monitor gak, sebab tengahari nak balik Dungun & adik pula nak buat assignment.