Pages

Wednesday, June 25, 2008

Aku dah masuk Streamyx In a Box

Sebenarnya dah lama plan berhasrat nak masuk Streamyx sejak entri pada tahun 12 Sep 2006 -> Lan Card cuma nak tunggu pakej yang sesuai jer. Sudah setahun setengah Lan Card yang aku beli di Kerteh itu menjadi 'gajah putih' di dalam CPU pc. Ha..ha..
Ambil pakej "Streamyx Combo" RM 60 sebulan. Daftar pada awal April. Bil bulan ni pun sudah sampai & jumlah bil untuk Streamyx ialah Yuran Langganan Streamyx untuk 2 bulan RM 120, Yuran Pendafaran Streamyx RM75 dan jumlahnya RM195. Nampak banyak plak rasanya... bayar jer lah.

Ciri-ciri/Sebab langan :

1. Tawaran pakej combo ni menarik gak kerana
(Yuran bulanan RM 60) - (RM 24 sewa bulanan dikecualikan untuk pakej combo) = RM 36 sahaja yang perlu ditambah.
2. Tak perlu bayar yuran pemasangan, sebab pasang sendiri mudah jer.. modem free.
3. Komitmen setahun kalau tak silap, maksudnya tak boleh terminate.
4. Cepat kalau nak download program macam antivirus, firewall.
5. Tak perlu terkejar-kejar, dulu rasa ada sikit 'pressure' sebab dulu Tmnet 1515 bayar ikut minit nak tinggalkan pc kena 'disconnect' dulu. Sekarang lebih relaks, 'unlimited akses' katakan..
6. Bolehlah layan video kat You Tube. Suka tengok aksi rempit Mat Saleh, diaorang rempit pakai moto cc besar. Ada jumpa lagu lama yang suka dipasang oleh drebar bas sekolah masa Ting. 2 dulu : Cintaku Sampai Ke Etopia .
7. Dapatlah merasai pengalaman broadband, tapi setakat 384K jer.