Pages

Friday, December 25, 2009

Bateri Lithium Ion CR2032


Pagi kelmarin. baru habis shift malam 4 hari... setelah penat kerja, aktiviti santai ialah untuk pergi makan-makan di kedai favourite di Pantai Dungun iaitu Ria Tomyan..

Dalam perjalanan ke Dungun, singgah sebentar di Paka untuk mencari bateri untuk alat penimbang berat badan kat rumah ni... asalnya display timbang tak nyala, bateri habis doh ni... bila diperiksa didapati penimbang ni menggunakan 2 butir bateri butang CR2032..Lithium Ion.

Dulu2 pernah gak beli bateri jenis ni sebab bateri CMOS kat motherboard komputer pun guna bateri jenis ni... beli dulu kat kedai komputer kat K Trg harga dalam RM 5, kalau gini beli 2 butir dah RM10.. amboi... mahalnya bateri...

Pergi kat kat kedai 2N shop nasib baik harganya cuma RM3 satu papan (satu papan ada 5 butir), jadi.. jatuh 60 sen sebutir...! lawak betul... tengok harga dalam gambar kat atas tu...

Walaupun made in China, mesin timbang tu akhirnya beroperasi semula... tapi kualiti mungkin tidak sebaik cap Energizer yang berharga RM6 sebutir, (lepas makan pergi pasaraya pulak, sambil shopping sikit2 jer, tengok juga harga bateri tu kat pasaraya)... Tunggu dan lihat jer lah, berapa lama bateri murah ni tahan...

Oh..ya.. bateri CMOS (Complementary Metal-Oxide-Semiconductor) dalam komputer ni boleh tahan lama, dalam 4 - 5 tahun atau lebih lama lagi.. tak perlu bimbang.. Bateri ni fungsinya untuk membekal tenaga kepada CMOS yang menyimpang setting BIOS (Basic Input Output System) ..

Salah satu tanda bateri CMOS habis ialah setting tarikh masa berubah selepas on/restart komputer, walaupun tarikh dan masa dah di betulkan sebelum tu... Lokasi bateri cmos dalam komputer seperti gambar di bawah...

gambar dibawah dari/below picture taken from :
http://pcworld.about.com/magazine/2208p152id116583.htm

Gambar motherboard@mainboard.

Thursday, December 17, 2009

Saya dan Blog

Blog ini sudah online sejak 2005, tapi jarang2 update, paling sedih tahun 2006 ada 1 entri saja, ha..ha.. yang sebenarnya banyak membaca blog sahaja....

Tahun 2009 ni tahun mencari maklumat, banyak blog2 dibaca, mungkin ada blog-blog lain yang lebih hebat tapi setakat ni ini sajalah yang dijumpai dan kini menjadi senarai pembacaan utama :

Mengenai kewangan Islam terutamanya di http://www.zaharuddin.net/ . Banyak pengetahuan kewangan di sini... motivasi di http://www.imotivasi.com/ . Tips-tips bisnes di http://www.irfankhairi.com/blog/ tapi disebabkan ia adalah blog perniagaan, banyak links ke produk beliau, kena baca betul2 untuk cari tips2 yang bagus terselit dalam entri blog beliau....

Tersentuh juga hati membaca blog http://kassim8888.blogspot.com/ , beliau adalah seorang OKU yang tabah, dapat memahami sedikit liku-liku seorang OKU... dari laman beliau juga dapat links ke laman blog http://manzlie-makkah.blogspot.com/ . pengalaman seorang insan yang bekerja di sebuah hotel di Makkah - tanah suci orang Islam.. dan banyak lagi blog-blog yang dibaca...

Banyak catitan pengalaman mereka dapat dijadikan panduan kerana ia adalah dari pengalaman mereka sendiri dan bukan teori semata-mata... dalam hidup hari ini dan akan datang, banyak keputusan-keputusan yang perlu dibuat, ('decision making' juga menjadi salah satu modul dalam kursus2 tertentu) . Kalau ada pengetahuan (knowledge) senanglah sikit... mungkin boleh mengelakkan kerugian/kesilapan.. kira 'lesson learn' lah..

Wednesday, November 18, 2009

Ipod Touch

Ipod Touch ni dibeli kat Sunway Pyramid masa pergi jalan2 dulu kat KL dulu , pembelian yang tidak dirancang sebenarnya.. lepas beli jarang pulak guna... detailsnya kat sini ya.. : http://www.apple.com/ipodtouch/ . Ipod ni boleh digunakan untuk internet, e-mail, dengar lagu, simpan gambar, games dan macam2 lagi . Belum dapat main game lagi kerana untuk download free game kena download kat iTunes Store melalui software i-Tunes kat PC. Register kat iTunes Store memerlukan nombor kredit kad, tak suka... mungkin kena daftar debit card yang boleh guna kat internet.. untuk manage koleksi lagu, ada perisian pihak ke-3 yang lebih friendly, download kat download.com.

Baru-baru ni pergi Miri, Sarawak. Lepas cas bateri penuh2 kat usb port PC, masuk dalam beg. charger plug pun ada tapi tak bawa dan memang tak pernah guna, biasanya cas kat PC saja... dari pengalaman bateri Ipod ni agak tahan juga, jadi tak bawa charger sebab plan nak guna sekejap2 jer.. trip ni 4 hari termasuk hari pergi dan balik... . Kat KLIA ada free wifi, baguslah.. kalau tak bawa gajet/laptop, terdapat kiosk informasi mengenai KLIA, masuk internet pun boleh tapi kena masukkan syiling lah.. 20 sen tu setakat keluar page Google jer... lepas search pasal Miri dah kiosk tu minta tambah syiling.. ha..ha..

Sampai kat ParkCity hotel, check wifi dalam bilik tapi tak ada, bila lapang turun pula kat lobi..haa..ada pun wifi, free lagi.. baguslah hotel ni.. (masa balik ada kawan beritahu dalam kat bilik dia ada wifi masa hari pertama sampai lagi.. kawan yang sorang lagi kata hari ke 2 at hotel baru ada, bilikku memang tak ada... kena turun lobi juga..). Mungkin kawan yang ada dekat dengan wifi acces point kot...

Semasa program 2 hari kat Mega Hotel Ballroom, ada wifi tapi secured, nak password.. tapi masa makan tengahari ada, ada free wifi kat tempat makan saja...

Hari ke-4 balik, cuba kat Airport Miri, tak ada akses, ya lah.. saiapa lah nak bagi akses percuma kan? Sampai KL dalam pukul 2 petang lebih, ada beberapa jam transit sebelum naik flight ke Kuantan. Masa tu pergi surau solat Jamak, minum2 kat level 2, lepas tu balik ke level 3 untuk balai berlepas, ada masa lagi, beli2 coklat dan lepak kat kerusi, apa lagi buka Ipod lah buka FaceBook & surf internet.. kali pertama juga ke KLIA ni.. canggih sungguh KLIA ni... ada foodcourt yang besar, ada lift terus pergi naik KLIA Express yang pergi ke KL Sentral.. Lama dulu dulu pernah juga sampai ke KL Sentral naik LRT dari KLCC...



Pasal Ipod ni yang bestnya nak on cuma ambil masa 1 saat saja. Kalau laptop lambat nak on/shutdown. Dah buka, Ipod ni detect wifi, click icon e-mail, terus saja Ipod download e-mail terbaru dari server. Biasa guna Yahoo mail saja.. kalau offline pun boleh baca e-mail dengan Ipod ni.... Saiz Ipod ni pun kecil jer... kalau tak ada wifi untuk akses internet, boleh juga dengar lagu, kalau tak nak ganggu orang ramai lebih baik pakai earphone lah... err... satu lagi pada hari ke-4, bateri pun tak habis lagi.. baguslah tu...

Wednesday, October 21, 2009

Pemutar Skru Phillips




Salah satu peralatan (tool) yang penting dalam aktiviti komputer ialah pemutar skru phillips. Petang tadi pergi Dungun, singgah sekejap di kedai RM 2. Salah satu barang yang dibeli ialah pemutar skru phillips (mata bunga). Dulu dah pernah beli satu, bagus sekali kerana saiz/bentuk matanya yang sesuai lagi tahan lasak.. tidak haus (orang Terengganu kata... 'dok glebek' ) mungkin sebab ada chrome vanadium lagi [Chrome Vanadium which is used for many different types of tools because when heat-treated it has excellent properties such as strength, toughness, and resistance to wear and fatigue.].

Beli yang baru simpan khas untuk kerja-kerja buka skru di CPU komputer, contohnya nak buka screw casing, skru hardisk... harganya cuma RM 1.50 siap ada magnet kat hujung lagi.. tahu-tahu sajalah kalau nak pasang skru cd-ROM, kalau pemutar skru tak ada magnet, seksa sikit kerana ada halangan. Walaupun dah ada set pemutar skru yang berjenama tapi tak sebaik yang murah ini juga. Hmm... screwdriver ni modalnya kecil, tapi impaknya besar.

Tuesday, October 13, 2009

PC Blue Screen



Kelmarin PC ku blue screen, tak dapat masuk Windows walaupun dah banyak kali restart, lepas tu aku ambil hardisk lama cap Samsung dalam almari, 3 gigabyte saja dah siap ada Windows, terus sambung jadi Master, hardisk yang problem jadi Slave. Lepas tu ada satu masalah, tak dapat buka fail dalam profile User (biasa guna login yang nama User ni..), pelik juga, cuba periksa properties - size on disk, kosong sedangkan banyak fail-fail penting dan gambar dalam ni.. periksa dalam profile administrator dapat pula akses file dalam my document profile administrator tu...

Langkah seterusnya guna properties - tools - eror checking - aotumatically fix file system errors. Lepas boot dengan hardisk yang problem tu... dapat masuk Windows tapi keluar chkdisk scanning masa startup. Restart beberapa kali keluar Chkdisk scanning juga, sah.. ada masalah lagi.

Nampaknya nak kena format juga hardisk ni. Cuba buka folder my document dalam profil User. Ada pun semua file.. tadi tak dapat akses pulak macam ada protection ker?.. Jadi untuk elakkan masalah serupa, akan datang aku tak akan simpan fail-fail dalam my document kat folder profile macam ni... C:\Documents and Settings\User\My Documents, nak kena simpan dalam folder C:\@My Document (letak '@' supaya folder ni ada kat atas dalam susunan folder, senang nak cari. Boleh juga simpan fail-fail dalam partiton lain macam D:\ ke.. jadi senang kalau nak format C:.

Lepas semua fail2 dipindahkan ke external hardisk (dah lama beli jarang guna). Maka proses format pun bermula.. Setelah siap masukkan Windows pula. Kemudian driver display & sound. Sampai sini, terus setting internet dan mula download software terbaru seperti AVG antivirus, browser - Firefox, Google Earth - perisian kegemaran versi terbaru, versi baru ni ada flight simulator lagi.. alang-alang dah format ni.. download lah terbaru, guna installer yang lama pun ada juga.. proses pemulihan pc ni lambat sikit sebab kerja-kerja download ni.. lagipun hari ni shift offday..

Nasib naik juga ada backup Bookmark dalam Firefox dan Penanda Lokasi dalam Google Earth. Ini cara nak backup :

Cara 1. Buka Mozilla Firefox dan klik Bookmarks - Organize Bookmarks - Import and backup - backup - filenya format *.json - SAVE
(kalau nak panggil balik fail ni pilih Bookmarks - Organize Bookmarks - Import and backup - Restore & pilih nama fail *.json yang telah di simpan terdahulu).

Cara 2. Bookmarks - Organize Bookmarks - Import and backup - export html - bookmarks.html - SAVE
(biasa kalau nak panggil fail ni import lah pulak.. dalam Internet Explorer, fungsi import-eksport bookmarks ni kilk kat File - Imdort and eksport...)

3. Dalam Google Earth, banyak koleksi tempat-tempat yang ditanda, boleh backup macam ni:
klil My Place - Save places as... - file dia format *.kmz . Kalau nak panggil balik klik File - Open saja.

Itu saja sikit tips dalam backup Bookmark browser internet cap Mozilla Firefox dan penanda lokasi dalam Google Earth, banyak tu kalau nak cari balik dan buat balik bookmarks kalau tak ada backup.

Thursday, September 10, 2009

Wireless Mouse

Lama dulu, teringin nak pakai wireless mouse, survey kat lelong.com.my, harga ok, ada yang bawah RM50 tapi tak jadi beli sebab takut tak best masa pegang mouse tu (mouse mesti sedap pegang, saiz kena ngam). Lepas tu kirim dengan adik yang kerja kat Putrajaya, tapi dia sibuk kerja outstation dan tiada masa pergi Low Yat atau lain-lain tempat, awal bulan lepas dia sudah surrender dan pulangkan balik duit masa jumpa balik kampung awal bulan tu.

Esoknya pergi ke sebuah kedai yang boleh dikatakan salah sebuah yang murah di bandar K Trg. Seperti biasa bila masuk kedai komputer, tengok2 dulu laptop2 yang dipamerkan dan aksesori2 yang ada. Cantik juga laptop mini Lenovo & HP. Ada sepasang suami isteri sedang dalam proses pembelian printer yang sama model dengan yang aku pakai. Bagus model ni kata aku dalam hati, tak menyesal beli. Kemudian tengok wireless mouse, yang kecik@mini, RM35, tapi bila pegang tak selesa sebab kecik.

Jadi beli yang saiz standard harga RM50, bentuk pun ergonomik. Masa baca manual mouse, ada alamat laman web syarikat yang jual mouse ni. Pergi melawat dan adalah gambar model mouse yang di beli. Tapi dalam gambar ni warnanya silver sebelah atas, sedangkan yang dibeli warna metallic black sebelah atas. Saiz dongle dalam gambar ni nampak besar,sebenarnya kecik saja..



Kelebihan mouse ni, ia ada butang back & forward kat sisi, ditekan dengan menggunakan ibu jari. Jadi ada pilihan selain tekan butang back & forward kat browser masa surf internet. Mouse ni kalau nak off, kena cabut dongle usb port dan masukkan dalam slot untuk dongle tu kat mouse. Ini mungkin boleh mengelakkan terlupa bawa/hilang dongle jika mouse ni selalu di bawa ke sana ke mari. Maklumlah mouse ni pakai bateri, mesti nak kena off.


Tuesday, August 11, 2009

Kerusi Komputer Baru

Sudah beli kerusi komputer baru hari ni, kurang best sebab tak ada hidraulik, jadi tak boleh ejas ketinggian kerusi ini. Harganya RM50/= saja, beli kat Shariff Serbaneka Kerteh. Beli kerusi yang kos rendah (low cost), sebab hari ni bayar insurans kereta & cukai jalan kereta ke-2.
Bolehlah buat duduk, lembut sikit dari guna kerusi meja makan. Nanti ada bajet lebih boleh beli yang ada hidraulik punya...

Friday, July 24, 2009

Kerusi Komputer Patah

Kelmarin, semasa sedang 'surfing' internet, tiba-tiba datanglah anak bongsu yang dah nak masuk 3 tahun dari belakang dan berpaut di tengkuk. Kerusi terangkat dari depan (orang Terengganu kata 'conggek') dan akhirnya satu dari lima kaki kerusi yag ada roda itu patah, akhirnya aku hilang imbangan dan jatuh... anak tak kena sebab hempap sebab dia lari dulu.. Sekarang guna kerusi meja makan.
Lepas ni nak kena pergi kedai perabutlah 'survey' kerusi baru.


Friday, July 10, 2009

Faks dari PC

Kelmarin, ada sekeping borang hendak dihantar ke koperasi, tak dapat faks kat tempat kerja kerana maklumat yang diisi tu kena disemak melalui internet di laman web koperasi. Masa kat rumah borang di 'scan' dengan HP Deskjet F4280 All in one. Selepas faks, borang tu jadi format *.tif . Lepas tu nak faks dengan program faks antik yang ada dalam pc ni, tapi entah macam mana, program antik ni tak dapat 'preview' format *. tif ni.. padahal format *.tif ni ada dalam senarai yang diterima program ni. Ada satu lagi program faks Microsoft tapi tak dapat 'disable' coverpage. Memang yang lepas-lepas tak pernah hantar 'coverpage' sebab rasa tak perlu.

Jadi kena cari program faks baru lah. Cuba cari-cari kat download.com, zdnet, tucows. Akhirnya pilih satu program yang tinggi 'ranking' nya kat download.com . 'Installer' program yang bernama Fax Machine 4.33 nya kecil saja saiz failnya iaitu 3.37 MB. Linksnya ada disini http://download.cnet.com/Fax-Machine/3000-2064_4-10060894.html

Setelah belajar sikit2 program ni, akhirnya borang tu telah berjaya di faks.
(klik untuk besarkan)

Sunday, May 03, 2009

Kongsi akses Celcom Broadband

Bahan-bahan,
- dua biji komputer riba/ 'laptop'.
- modem wireless Celcom Broadband.

Percubaan ni dibuat semasa balik kampung Rabu lepas, menggunakan modem 'wireless' Celcom Broadband yang disambung pada laptop adik, nak senang cerita laptop ni kita bagi nama laptop A (Windows Vista) , saya punya laptop B (Windows XP). Lepas Laptop A sudah 'connect' ke internet (kalau line internet problem, memang tak boleh nak terus percubaan nih...) . Kemudian 'on' kan pula 'wireless lan @ WLAN pada kedua-dua laptop'.
[laptop saya, adik kena tekan butang khas sebelah butang 'power on'. Pernah jumpa satu komputer jenis Dell yang tidak ada butang tapi perlu tekan butang keyboard Fn + satu lagi butang simbol 'wireless'].

Kemudian, set kan kat Laptop A dan B, computer-to-compter (ad hoc) network only. Ada 'setting' yang perlu di buat pada kedua-dua laptop tu. Kena buat satu entri baru kalau nak cerita...

'Setting' yang perlu dibuat oleh Laptop A untuk bagi Laptop B kongsi internet :

Kat 'laptop A', pergi ke Control Panel
- Network Connections
- klik kanan atas Wireless Network Connecton
- klik Properties.
- klik Advanced
- tanda/ 'tick' kotak Allow other network user to connect through this computer's Internet connection.

Sekarang Laptop B sudah boleh tumpang akses ke Internet yang di kongsi dari Laptop A. Kebetulan 'connection' Celcom Broadband kat kampung di K Trg pun nampak stabil. Kawasan lain tak tahulah, kalau tak bagus, mungkin tak selesa nak kongsi jika guna kat satu laptop pun asyik putus-putus 'connection' nyerr.....

Monday, April 27, 2009

Wireless ADSL Modem


Dah lama bercita-cita nak beli modem 'wireless' untuk Streamyx nih. Orang lain dah lama zaman-berzaman pakai laptop dengan 'wireless' internet. Yang canggih lagi pakai Celcom Broadband dan yang sewaktu dengannya. Dengan sedikit bajet yang ada, kelmarin sebuah modem jenama Aztech model DSL605EW telah dibeli. Keterangan lanjut mengenai modem (gambar di atas) ni ada di sini.

Hari pula pula satu percubaan telah dilakukan untuk akses ke internet menggunakan sambungan 'wireless lan' (WLAN) Laptop melalui modem ini. Cuma perlu dilakukan sedikit konfigurasi kat 'Wireles Network Connection Properties'. Ini hasilnya


Selain dari menggunakan 'wireless lan' (WLAN) untuk sambungan ke internet melalui 'wireless modem , WLAN juga boleh digunakan untuk menyambungkan 2 buah 'laptop' secara 'adhoc networking'. Bila dah sambung tu bolehlah nak 'copy file' , nak tolong 'scan' virus ke..

Dan entri ni juga adalah entri pertama yang dibuat melalui sambungan ke Streamyx secara 'wireless' !

Tuesday, March 24, 2009

Msjbox

Hari ni buat payment melaui internet banking untuk 'chatbox' (kotak sembang) Msjbox setelah 'free test drive' selama sebulan. 'Chat box' ni didaftarkan untuk laman blog ex.SMKBT dan berada di laman blog ni (tapi boleh dipindah milik, tukar jer kat 'control panel' alamat e-mail & URL lokasi 'chatbox' tu... Ada banyak keistimewaan 'chat box' ni. Walaupun berbayar RM 10 setahun tapi ada banyak ciri2 istimewanya. (sekarang ada 'free trial' sebulan dan promo extra 50% tempoh aktif percuma berakhir 31 Dec 209)

Yang saya suka ialah ia ada banyak 'animation icon' & dapat 'reply' mesej di bawah mesej asal. Kalau 'chatbox' lain kena buat entri baru dan perlu tulis nama orang yang hendak kita tujukan mesej 'reply' tu..

Silalah ke laman web Msjbox di http://www.msjbox.com/ yang telah merayakan ulangtahun ke 4 pada 14 Mac 2009. Janga lupa lihat ciri-ciri Msjbox yang ada di sini.

Friday, March 06, 2009

Entri Khas Untuk Adi : Delete Message in Chat Box

1. Mula-mula pergi ke cbox homepage, klik 'cbox'.


2. Masukkan Login name & passsword.


3. Klik Messages - Messages



4. Tick message yang hendak di padam dan klik Delete.

Wednesday, March 04, 2009

AudioRoom CD Recorder and Editor

Saya mempunyai sebuah CD Al-Quran ori yang dibeli di Saba Islamic Media kat Centre Point Kemaman, suatu masa dulu....sekarang cawangan kedai tu dah tutup. Format bacaan Al-Quran dalam cd tu bukan dalam bentuk mp3 atau lain-lain media seperti lain2 cd Al-Quran di pasaran sekarang (saya punya CD versi lama nih...). Misi projek ini ialah untuk merakamkan satu surah bacaan Al-Quran yang didengari dari speaker ke format mp3. Memandangkan tiada microphone digunakan, jadi rakaman boleh dikatakan terus dari output chipset sound dalam pc. CD lama ini pulak tidak serasi dengan Win XP yang digunakan sekarang, jadi terpaksa tukar boot kat bios ke Win ME dalam hardisk (HD) kedua. (lepas upgrade HD, hardisk 20 G ini menjadi HD ke-2).

Setelah lama mencari perisian di download.com, ada beberapa software yang dicuba.
Proces mencuba ini melibatkan percubaan rakam dan main. Dipendekkan cerita, satu perisian memberi hasil yang agak memuaskan walaupun bukan yang terbaik - AudioRoom CD Recorder and Editor (boleh search installer program ni kat www.download.com untuk versi terbaru.

Rakaman pertama tidak menjadi kerana rakaman bacaan Al-Quran tersekat-sekat di beberapa tempat sebab masa bacaan saya dengar bunyi CD drive spin agak lama. Nampaknya masa ni perisian rakaman ini tak dapat nak merakam dengan baik. Rakaman ke-2 OK mungkin sebab perisian Al-Quran tu dah cache data semasa bacaan pertama tadi (rasanyalah....) . Setelah di semak bacaan Al-Quran dan tiada lagi tempat yang tersekat-sekat, bacaan di 'Export' ke format MP3. Siap...

Kalau ada yang nak cuba untuk sebarang projek, lihat setting gambar di bawah, setting 'Source' ialah 'Wave Out MIx' sound yang nak dirakam ialah seperti ouput speaker.

Klik untuk besarkan gambar :

Thursday, February 26, 2009

Entri Khas Untuk Adi : Tambah Lagu di Music Player Blog

1. Klik Get Tracks2. Klik Log In dahulu, isi Email, password & klik Login
- klik gambar untuk besarkan..

3. Klik Edit Playlist
- klik gambar untuk besarkan..


4. Taip (1) nama lagu/ nama penyanyi kat MP3 Search, (2) klik butang Play untuk 'test' lagu (mesti uji dulu untuk pastikan lagu tu 'available'), (3) Klik + untuk tambah dalam playlist (lagu itu akan dipaparkan dalam senarai dan (4) Klik Save (Get Code).
- klik gambar untuk besarkan..

Sunday, February 22, 2009

Entri Khas Untuk Adi : Pengurusan 'Links'

1. Klik gambar untuk besarkan, kesilapan dalam mengisi links (URL), kalu nak cantik, dekat Name tak perlu ada http://..... cuma letak nama ringkas sahaja yang mudah difahami.

2. Klik gambar untuk besarkan. Perlu tahu perbezaan antara New Site URL dan New Site Name

Friday, February 20, 2009

Printer Baru - HP Deskjet F4280

Printer baru ini dibeli setelah dua kali percubaan untuk membaiki printer lama gagal.

Model printer lama ialah model Brother DCP-155C :


Model ini bercirikan 4 dalam satu (printer, copier, scanner & direct photo printing).
Dibeli pada 29/12/2005. Maknanya sudah 3 tahun dah tu.
Di syaki rosak (tak dapat print) sebab guna dakwat 'local' (clone kot) sebab masa buka bahagian dalam untuk baiki, span dalam takungan sudah kembang dengan dakwat.
Dakwat local ni dalam bentuk katrij macam 'original' juga, tetapi bukan yang jenis 'refill' cucuk pakai jarum.

Kebaikan printer ini ialah kemudahan untuk photostat (copier) amat memudahkan jika perlu sekeping salinan IC, surat beranak dll, tidak perlu hendak pergi ke kedai fotostat. Keburukannya pula ialah bila fungsi pencetak sudah rosak tetapi fungsi 'scanner' masih baik lagi. Penyelesaian alternatif ialah dengan 'scan' semua dokumen, simpan dalam pc dan cetak setelah membeli pencetak baru yang ada fungsi mencetak sahaja.

Namun begitu setelah memikirkan masalah ruang meja yang terhad jika membeli pencetak baru (fungsi pencetak sahaja) untuk diletakkan bersama dengan pencetak Brother yang rosak itu, keputusan telah untuk membeli pencetak HP Deskjet F4280 All in one (Printer, Copier, Scanner).


Kiranya 3 dalam 1 lah.. Lepas ni kena beli dakwat 'original' lah. Belanja lebih sikit lah...
Pengajarannya ialah kualiti dakwat local tidak sama dengan original. Satu tips dari saya, kalau anda ada menggunakan dakwat refilll yang cair, gunakan kertas yang A4 yang bermutu (tidak nipis sangat) agar dakwat tidak kembang di atas kertas.

Thursday, February 19, 2009

Blogspot

Dalam dua hari ni, aktiviti komputer ialah membina sebuah blogspot untuk kawan lama, nak cari template yang sesuai dengan citarasa mengambil masa juga. Nasib baik ada banyak pilihan template di http://btemplates.com/ , finally dia setuju dengan template CrystalX. Ada beberapa masalah teknikal semasa prosese menukar template, sepagi juga nak selesaikan masalah ni, akhirnya selesai.
Jika ada error semasa nak di 'save' seperti gambar di bawah, coding template baru itu juga perlu ditukar seperti template lama. Kalau lihat contoh di bawah, jika dalam coding html template baru menyatakan "Blogarchive 1", ia hendak lah ditukar kepada "Blogarchive 2".

Tetapi tidak semestinya kalau ada mesej seperti gambar itu, process "SAVE" akan gagal. Jika gagal untuk 'SAVE' baru tukar coding.

Sila klik gambar untuk besarkan..