Pages

Thursday, September 23, 2010

GPS

GPS = Global Positioning System

Beberapa bulan lepas pergi ke Kedah kerana urusan kerja, sempat juga pusing Pulau Pinang dengan kawan, boss no 2 ada bawa Garmin, jadi dapat lah uji GPS dalam Georgetown ni.. dalam Garmin ni pun ada senarai kedai Nasi Kandar. Sempat juga pergi pasar Chowrasta cari buah pala..Sebelum balik cari masjid negeri pun pakai GPS.

Awal bulan hari tu, handphone rosak masuk air, senang cerita masuk lubang jamb** kat tempat kerja, he..he.. pinjam h/phone anak dulu lepas tu pergi beli handphone baru.. beli Nokia E5..sebab pernah nampak iklan model ni dalam suratkhabar semuka penuh Harian Metro.. berkenan dengan model ni sebab keyboard QWERTY & nampak comel-comel saja.

Lepas beli ni barulah tahu ada GPS masa buka-buka menu h/phone ni, free pulak tu.. Kat option-setting kena pilih mod offline. Pernah habis prepaid dekat RM10 juga kerana setting Access Point silap pergi ke 3G Celcom dan mod pula online. Sebenarnya data untuk aplikasi ni ada dalam kad memori, ruang yang diguna dekat 1 Giga juga @ separuh dari kad memori 2 Giga yang datang dalam kotak h/phone ni..

Dah tahu ada 3G, terus kaji fungsi GPS ni, masa Hari Raya pun ada lepas pun ada juga cuba pakai GPS. Ada kawan lama beritahu cikgu lama masa sekolah dulu - Cikgu Nab kat Teluk Ketapang ada buat open house.. Dah tahu kawan ni ada GPS, cuba minta koordinat GPS (longitud & latitud) tapi tak ada.. Tengah-tengah beraya kat Marang, sampai lah sms dari kawan ni - koordinat rumah Cikgu Nab. Petang tu masa perjalanan balik dari Marang, cari rumah cikgu pakai GPS Ovi Map Nokia ni.. sampai depan rumah tapi pintu pagar tutup pulak.. lepas keluar kereta ada orang panggil (kawan lama -Hanaffi) dari rumah sebelah.. laa.. rumah cikgu kat sebelah saja rupanya, tersasar sikit jer...

Paling kurang GPS ni boleh buat panduan masa pergi bercuti, dah sampai kat hotel @ tempat menginap pastikan tandakan koordinat hotel dalam GPS.. pergi jalan-jalan, masa nak balik tentu dah rasa letih sikit kan? Buka GPS cari koordinat hotel yang telah ditanda tu dan pilih 'drive to.....' senang sangat, Insya-Allah selamat sampai ikut arah dalam GPS tu. Cuma perlu diingat juga, kalau hujan mungkin signal dari satelit kurang baik sikit, biasalah setiap benda ada kelemahan.. tapi teknologi GPS ni memang best..

Friday, August 13, 2010

Pergi Kedai Telekom

Pagi Rabu lepas hari pertama puasa, hari pertama umat Islam berpuasa. Pagi tu cuba buka internet guna Streamyx tapi tak berjaya, kat modem, lampu wireless & ADSL warna hijau tapi internet merah.. biasanya hijau. Cuba masuk internet guna Ipod Touch tak berjaya juga..

Lepas tu cuba on/off modem tapi tak berjaya juga, cuba troubleshoot dengan tukar modem spare yang diberi oleh Telekom, tukar juga splitter, kabel LAN.. tukar semua alang-alang dah satu kotak.. tak berjaya juga.

Cuba pula guna Maxis Broadband, dapat tapi slow connection.. api hijau saja..biasa api biru.. Hmm... line internet tak berapa nak menjadi pulak.. lepas tu pergi Dungun, pemaju kata nak datang repair rumah.. sampai sana baru tahu tak jadi.. lepas tu pasang kipas siling, pergi bayar hutang wiring tambahan, RM205 saja.. beli set rel langsir untuk sliding door kat kedai hardware..

Petang tu pula pergi kedai Telekom untuk tanya cara-cara pindah line telefon. Caranya isi borang sekeping, lepas tu pihak Telekom akan periksa tempat baru ada line atau tidak.. ada bayaran pemindahan.. kalau terminate tempat lama & buat permohonan baru kat rumah baru kosnya lebih mahal.. tanya juga pasal Streamyx tak dapat masuk tu.. kak tu kata tak da masalah lepas dia periksa status kat komputer dia.. lepas tu balik rumah, cuba try test dah boleh dah masuk internet...

Tuesday, July 20, 2010

Minggu Yang Sibuk

Minggu lepas dapat telefon untuk ambil kunci, lepas dapat kunci esoknya pergi tempah grill, kemudian pergi bayar deposit api, ada dokumen tertinggal kena hantar petang. Petang lepas hantar dokumen kat Pejabat Tenaga Nasional pergi kedai buku, dapat call, tokey grill nak datang ukur.. terus bergegas pergi sana.. malamnya dapat sms dari tokey grill tentang harga grill untuk rumah.. nego dapatlah diskaun..

Esoknya balik kampung 2 hari.. datang semula singgah rumah tengok dah api dah sambung, buka main switch, test pakai charger telefon, confirm dah ada api..

Kelmarin plan pergi basuh rumah, penat juga.. on the way singgah kedai hardaware yang biasa pergi beli tangga aluminium, dapat free delivery, harga ok...

Hari ni pergi bayar deposit grill, bayar 30% dari total cost grill.. kebetulan pergi kedai kasut kat bandar Dungun, survey juga harga cooking hood, kipas siling.. Pergi rumah, makan2 lepas tu panjat siling, buat inspection wiring, kenalpasti wiring lampu yang sengaja ditinggalkan atas siling sebab pemaju kata susun atur lampu terpulang kepada pembeli rumah.. wayar life masih belum potong... selamatlah kebetulan wiring lampu ni ada looping..

Turun dari siling, check plug untuk satu rumah, guna kepala plug yang ada LED saja lah.. kemudian 'gerat' sisa-sisa batu-batu yang masih ada di tepi rumah dengan penggerat yang dibawa.. sebelum tu isteri dah 'gerat' batu-batu tu longgok setempat.. sembang dengan bakal jiran dapat nombot telefon contact kawan dia yang full-time buat wiring..cantik!

Sunday, July 11, 2010

Internet Banking

Baru periksa buku akaun bank Maybank ni, akaun ni dibuka pada tahun 2003 & mula guna internet banking tahun 2006, dah lebih 4 tahun dah.. kalau nak tahu cara daftar/guna internet banking ni harap tanya pihak bank lah ya.. lebih tepat maklumatnya.

Jadi entri ni hasil pengalaman sendiri lah..

Antaranya kegunaan internet banking ni ialah untuk tengok baki duit, masih ada duit lagi tak? he.he.. selain itu untuk ;
- bayar bil-bil (bill payment),
- pindah duit ke akaun orang lain dalam bank yang sama (3rd party transfer),
- pindah duit ke akaun orang lain tapi bukan bank yang sama (inter-bank transfer).
- lain-lain lagi.. macam2 ada, kena cuba sendiri lah, nak beli prepaid pun boleh juga..

Untuk internet banking ni saya guna Maybank2u sebab dekat dengan rumah. Buka akaun Maybank ni dulu untuk bayar bayaran bulanan insurans, kebetulan bila internet banking dah popular guna untuk internet banking pula, akaun ni pun bukan akaun gaji, selamat sikit sebab keselamatan internet banking pada masa itu tak sebaik sekarang..

Jadi tiap-tiap bulan kena masukkkan duit, bila dah ada duit, boleh gunakan untuk bayar bil sebab tak semua bil datang serentak, tarikh akhir bayar bil pun tak serentak.. jadi senang bila bil sampai, kebetulan buka internet boleh bayar bil, bukti bayaran siap ambil print screen lagi, simpan dalam pc. Sekarang mungkin tak perlu dah sebab dalam Maybank2u dah ada bahagian 'history'. Boleh lah lihat senarai transaksi yang kita buat sekali dengan 'reference number', boleh 'reprint receipt' lagi..

Kadang-kadang ada juga guna '3rd party transfer' bila ada beli buku & beli produk2 secara online.. dari pengalaman duit akan dipindahkan serta-merta, tak macam 'interbank transfer' ada tertangguh (delay). Delay tu dalam 1 - 2 hari.. logik juga sebab bank tak sama kan.

Dalam internet banking yang paling utama sekali adalah keselamatan. Pastikan pc ada antivirus yang selalu dikemaskini.. lagi bagus ada firewall. Senang cerita PC tu kena lah sihat, tak ada spyware, malware, trojan. Pendapat peribadi saya, jangan gunakan akaun gaji untuk internet banking.. kurangkan risiko. Menggunakan internet banking di cyber cafe juga berisiko!

Kebaikan guna internet banking ini ialah kita boleh jimat masa & kos minyak untuk pergi bayar bil. Maklumlah banyak bil perlu dibayar seperti bil-bil elektrik, air, telefon, astro, kad-kredit, broadband..

Sunday, July 04, 2010

Friday, June 18, 2010

Maxis Broadband

Baru daftar Maxis Broadband minggu lepas, kebetulan ada promo modem percuma + rebate pula.. Sebab utama kerana akan berpindah rumah.. tiang telefon pun belum ada lagi.. jadi masa transition ni boleh guna Maxis Broadband ni.. sementara nak pindahkan talian Streamyx ni.

Akses internet kena ada untuk bayar bil-bil melalui internet banking dan lain2 urusan..

Nampak bagus juga kalau ada wireless broadband ni terutama masa balik kampung, ni pun baru balik kursus kat KL, berguna juga wireless broadband ni kat hotel untuk dapatkan akses internet.. tengok Google Map & mencari-cari maklumat, belum ada Garmin lagi.. cukuplah pakai Google Map dulu.

Thursday, April 22, 2010

http://www.qiblalocator.com/


Terjumpa laman untuk check arah kiblat : http://www.qiblalocator.com/

Bila buka lama web ni, kat imej sattelite ada garis merah, tukar terrain view kepada sattelite view untuk mudahkan pencarian rumah. Pastikan garisan tu berada atas rumah, untuk pandangan yang lebih jelas...

Web periksa arah kiblat untuk semak saja ya..untk rumah baru diduduki saya rasa tidak sesuai.... Untuk percubaan ini saya cari masjid Paka yang terletak tidak jauh dari rumah... nampaknya tepat sekali... kemudian saya semak rumah saya, tepat juga....

Untuk lebih tepat, saya cadangkan guna kaedah di sini :

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/artikel/fenomena%20istiwa%20utama%20matahari%20di%20kaabah.pdf

Tahun lepas, pernah guna kaedah di atas, tapi tak guna kayu lurus lah... cuma tengok bayang kat tiang porch rumah... kebetulan rumah saya menghadap matahari jatuh...

Monday, March 15, 2010

1/2 hari di depan komputer..

Hari ni last OFF shift. Hari ni, pagi develop blogspot untuk SKTJ dan tutup group Facebook Sek Men Bukit Tunggal yang dicadangkan untuk bergabung di satu lagi group SMKBT yang mempunyai ahli majoriti. Ini proses biasa untuk kebaikan semua... Mesej semua ahli untuk join Group baru..

Petang, pergi Dungun makan2 kat kedai dekat ibusawat Telekom Dungun, kemudian pergi rehat2 kat taman permainan kanak2 kat pantai Teluk Gadung dekat ITM Dungun. Cantik sekali..... lama tak pergi, sudah berubah, sudah upgrade taman permainan, anak2 suka sangat... ada tembok panjang untuk lepak2 tengok anak, tak ambil gambar sebab kamera h/phone rosak... 6: 30 ptg pergi tengok rumah plak, sembang2 sikit dengan bakal jiran,... dan balik ke Paka... esok sudah kerja...

The Making of X-SKTJ blogspot

Untuk Admin2 X-SKTJ Facebook..

1. 15 Mac 2010 Blog created.

2. Edit html, tambah meta (tak ada kesan sangat, yg no 3 bawah penting) meta content='sktj,SKTJ,x-sktj,ex-sktj,tok jiring,tok jering,sek keb tok jiring,bekas pelajar,alumni' name='keywords'/ meta content='bekas pelajar SKTJ Sekolah Kebangsaan Tok Jiring Kuala Terengganu' name='description'/

3. Submit URL x-sktj.blgspot.com ke Google, Yahoo & MSN search engine, tak submit guna free url submit, takut kena spam?



Thursday, January 21, 2010

FM Modulator

gambar hiasan sahaja

Kereta saya agak primitif, tak ada CD player, walau pun ada mp3 lagu/zikir/bacaan dalam pc ni, tapi tak dapat dengar dalam kereta.. beberapa hari lepas, masa kemas2 jumpa rumah FM modulator dengan satu pendrive yg memang dah khas digunakan bersama FM modulator ni... macam mana boleh lupa pulak ada benda ni... benda ni kawan sekerja yang belikan masa dia balik kampung kat Penang, ada remote lagi...

Dah jumpa ni, malam tu terus copy mp3 masuk dalam pendrive, connect kat FM modulator terus pasang kat kereta.. masih boleh guna lagi...

FM modulator ni kita boleh set frekuensinya, tak boleh bertindih dengan frekuensi radio Contohnya jika kita set 89.0 kat FM modulator, kat radio kereta kena set 89.0 juga, baru dapat dengar... pasang kat point dc yang tempat alat cucuh rokok tu...

Dulu-dulu masa benda ni baru keluar, saya belum beli lagi, kawan-kawan sekerja test benda ni kat parking tempat kerja... kereta yang parking sebelah pun boleh dapat jika set frekuensi sama, tapi ada satu kes kereta kawan habis bateri sebab lupa nak cabut.. mungkin kereta lama, point tu direct ke bateri... kereta saya bila cabut kunci, FM modulator ni terus padam.. tak ada masalah... tapi kena cabut simpan juga takut-takut menjadi perhatian mereka yang tidak sepatutnya...