Pages

Thursday, September 23, 2010

GPS

GPS = Global Positioning System

Beberapa bulan lepas pergi ke Kedah kerana urusan kerja, sempat juga pusing Pulau Pinang dengan kawan, boss no 2 ada bawa Garmin, jadi dapat lah uji GPS dalam Georgetown ni.. dalam Garmin ni pun ada senarai kedai Nasi Kandar. Sempat juga pergi pasar Chowrasta cari buah pala..Sebelum balik cari masjid negeri pun pakai GPS.

Awal bulan hari tu, handphone rosak masuk air, senang cerita masuk lubang jamb** kat tempat kerja, he..he.. pinjam h/phone anak dulu lepas tu pergi beli handphone baru.. beli Nokia E5..sebab pernah nampak iklan model ni dalam suratkhabar semuka penuh Harian Metro.. berkenan dengan model ni sebab keyboard QWERTY & nampak comel-comel saja.

Lepas beli ni barulah tahu ada GPS masa buka-buka menu h/phone ni, free pulak tu.. Kat option-setting kena pilih mod offline. Pernah habis prepaid dekat RM10 juga kerana setting Access Point silap pergi ke 3G Celcom dan mod pula online. Sebenarnya data untuk aplikasi ni ada dalam kad memori, ruang yang diguna dekat 1 Giga juga @ separuh dari kad memori 2 Giga yang datang dalam kotak h/phone ni..

Dah tahu ada 3G, terus kaji fungsi GPS ni, masa Hari Raya pun ada lepas pun ada juga cuba pakai GPS. Ada kawan lama beritahu cikgu lama masa sekolah dulu - Cikgu Nab kat Teluk Ketapang ada buat open house.. Dah tahu kawan ni ada GPS, cuba minta koordinat GPS (longitud & latitud) tapi tak ada.. Tengah-tengah beraya kat Marang, sampai lah sms dari kawan ni - koordinat rumah Cikgu Nab. Petang tu masa perjalanan balik dari Marang, cari rumah cikgu pakai GPS Ovi Map Nokia ni.. sampai depan rumah tapi pintu pagar tutup pulak.. lepas keluar kereta ada orang panggil (kawan lama -Hanaffi) dari rumah sebelah.. laa.. rumah cikgu kat sebelah saja rupanya, tersasar sikit jer...

Paling kurang GPS ni boleh buat panduan masa pergi bercuti, dah sampai kat hotel @ tempat menginap pastikan tandakan koordinat hotel dalam GPS.. pergi jalan-jalan, masa nak balik tentu dah rasa letih sikit kan? Buka GPS cari koordinat hotel yang telah ditanda tu dan pilih 'drive to.....' senang sangat, Insya-Allah selamat sampai ikut arah dalam GPS tu. Cuma perlu diingat juga, kalau hujan mungkin signal dari satelit kurang baik sikit, biasalah setiap benda ada kelemahan.. tapi teknologi GPS ni memang best..