Pages

Thursday, January 21, 2010

FM Modulator

gambar hiasan sahaja

Kereta saya agak primitif, tak ada CD player, walau pun ada mp3 lagu/zikir/bacaan dalam pc ni, tapi tak dapat dengar dalam kereta.. beberapa hari lepas, masa kemas2 jumpa rumah FM modulator dengan satu pendrive yg memang dah khas digunakan bersama FM modulator ni... macam mana boleh lupa pulak ada benda ni... benda ni kawan sekerja yang belikan masa dia balik kampung kat Penang, ada remote lagi...

Dah jumpa ni, malam tu terus copy mp3 masuk dalam pendrive, connect kat FM modulator terus pasang kat kereta.. masih boleh guna lagi...

FM modulator ni kita boleh set frekuensinya, tak boleh bertindih dengan frekuensi radio Contohnya jika kita set 89.0 kat FM modulator, kat radio kereta kena set 89.0 juga, baru dapat dengar... pasang kat point dc yang tempat alat cucuh rokok tu...

Dulu-dulu masa benda ni baru keluar, saya belum beli lagi, kawan-kawan sekerja test benda ni kat parking tempat kerja... kereta yang parking sebelah pun boleh dapat jika set frekuensi sama, tapi ada satu kes kereta kawan habis bateri sebab lupa nak cabut.. mungkin kereta lama, point tu direct ke bateri... kereta saya bila cabut kunci, FM modulator ni terus padam.. tak ada masalah... tapi kena cabut simpan juga takut-takut menjadi perhatian mereka yang tidak sepatutnya...