Pages

Wednesday, January 02, 2013

PC rumah tak dapat masuk Windows.

Semalam pc dekstop ada masalah hardware, terbongkok-bongkok troubleshoot sampai 2 pagi kerana komputer tak boot masuk ke Windows. Malam ni cuba masuk Safe Mode & selepas disable network adapter sekarang bolehlah tahan.. bila network adapter tak berfungsi, maka tak boleh lah guna kabel LAN untuk sambung ke internet menggunakan modem Streamyx. Semasa menggunakan internet sebelum ini, ada perasan simpton masalah slow connectivity. Kena disable/enable LAN connection baru OK... Sekarang guna wireless adapter. Tu yang semangat nak pos entri blog ni, selepas lebih setahun tak ada entri baru. He..he...

Trouble shoot yang dibuat semalam (tak dapat boot komputer) :
1. Tukar bateri CMOS.
2. Cuci & tukar kipas & heatsink processor.
3. Periksa RAM 3 keping.
4. Periksa kabel IDE hardisk.
5. Cuba boot dengan hardisk slave.
6. Reset BIOS..
7. Periksa kad grafik.
8. Vacuum bahagian dalam pc. (boleh ke ni?)

Sunday, October 02, 2011

Cetak Sebagai Fail PDF. (Print As PDF File.)

Kelmarin beli dakwat untuk printer rumah, beli combo-pack (hitam & warna) sebab dakwat hitam dah habis, yang warna ada sikit saja lagi..


Harga sekotak RM 110 untuk combo-pack hitam dan warna. Dapatlah jimat RM 10 untuk combo-pack berbanding beli pek katrij berasingan..


Di sebabkan dakwat printer ni dalam kategori kos yang tinggi juga, sebenarnya ada cara nak jimat iaitu dengan cara menggunakan program untuk cetak sebagai fail PDF (Adobe Portable Document Format - Acrobat). Contoh aplikasi ialah bila nak cetak resit bayar bil2 di Maybank2u, penyata online KWSP dan lain-lain lagi.
Contoh program yang boleh digunakan ialah doPDF - cara guna & dimana nak dapatkan program sila lihat panduan dari blog Master Arshad. - http://arsyadmaster.com/blog/kegunaan-dopdf/#more-2962

Bila dah install program ni, masa nak print, bolehlah pilih doPDF, lepas tu simpan fail PDF ni dalam pc @ pendrive.. :


Semasa 'Save' perhatikan lokasi folder fail tersebut disimpan, supaya senang untuk dicari.. Nama fail boleh ditukar jika perlu. :



Sebagai pilihan.....ada satu lagi program seumpamanya iaitu PrimoPDF yang mempunyai rating (CNET editors' rating & User Rating) yang tinggi di www.download.com, link nya di sini : 

http://download.cnet.com/PrimoPDF/3000-18497_4-10264577.html?tag=mncol;6

Monday, August 15, 2011

Update August 2011.

Untuk catatan diri sendiri :

1. Monitor komputer kat kampung rosak, tak dapatlah guna komputer masa balik kampung, biasanya bawa balik modem USB Maxis Broadband bolehlah masuk internet, monitor baru?? sekarang bajet raya dulu...kui..kui..kui..

2. Sebelum monitor rosak, ada beli Portable USB 2.0 Hardrive, 500 GB untuk isi data2 sebab hardisk pc lama kat rumah pun tak besar kapasitinya..

3. Minggu lepas, ada member tersilap sistem cuti onlineku pada pc yang dikongsi, 2 hari MC, 2 hari cuti kecemasan... jumlah 4 hari kena 'hijack'. Panik bila buka mail & dapat e-mail sistem - cuti anda diluluskan, sedangkan tak ambil cuti pun,  minggu ni kebetulan nak cuti, buka sistem isi borang cuti, baru perasan ada butang untuk batalkan cuti kat atas tu. Selesai isi borang cuti, buka pula borang cuti yang silap & tekan butang tu, isi sebab untuk batalkan cuti..selesai...senang jer rupanya...

Friday, March 25, 2011

Kotak Plastik untuk Skru.

Di atas ialah gambar kotak plastik serbaguna untuk mengisi alat-alat memancing, alat jahitan dan lain-lain. Untuk pengguna komputer, kotak ini boleh digunakan untuk menyimpan skru-skru kecil untuk hardware komputer bila kita buka bahagian dalaman komputer.

Bukan apa takut hilang..sebab kalau kat rumah biasanya jarang ada skru lebih, jika hilang tiada lah gantinya.. Kalau kat kedai komputer lain lah, banyak sekali....

Idea di atas berguna bila :

1. nak tukar casing baru - semua hardware dalam komputer ditanggalkan & masa ni banyaklah skru yang tanggal juga.
2. bila ada hardware yang rosak, CD-ROM, Hardisk dll, sementara tunggu baiki, pergi beli yang baru, skru boleh simpan dalam kotak dulu.
3. Untuk elakkan skru bertukar & hilang - skru untuk hardisk lebih kukuh, maklumlah hardisk ni beroperasi pada RPM yang tinggi, kalau guna idea ni, skru tak bertukar..

Kotak ni biasanya ada dijual di Supermarket/Giant/Mydin.. kalau nak beli pastikan, tiada ruang besar diantara sekatan supaya skru-skru tidak bercampur bila kotak terbalik dengan tidak sengaja.. & pastikan kunci plastik depan kukuh supaya tudung tidak berbuka bila jatuh.. dari pengalaman masa nak beli dulu, pernah jumpa kotak yang berkualiti rendah..

Juga untuk untuk mengelakkan pembaziran, kita boleh guna untuk isi barang lain bila tidak digunakan untuk mengisi skru komputer (seperti gambar di atas, he3..)
      

Wednesday, January 26, 2011

Tamatkan Akaun TmNet

Kelmarin pergi tamatkan akaun TmNet Dial-Up 1515 kat Kedai Telekom.. dah beberapa tahun bayar yuran tahunan tapi tak pakai pun sebab sayangkan alamat e-mail ni... zam****@tm.net.my. Yuran tahunan dalam RM24 setahun.., kalau tak guna RM 0 bulanan.. Sekarang masih pakai Streamyx untuk rumah dan Maxis Broadband sebagai 2nd backup & outdoor..

Friday, January 07, 2011

Cuci kipas CPU PC

Kelmarin PC ada masalah, bila tengok error message masa boot/on pc dah suspek bateri cmos nak kena tukar.. errornya ialah masa & konfigurasi sistem pc akan berubah/reset kerana bateri dah habis jadi cmos tak boleh nak simpan setting masa semasa pc OFF..

Bateri CMOS yang bulat kat hujung test pen.

Bila dah buka casing PC terkejut pulak tengok habuk kat kipas processor, banyaknya.... dah berapa tahun tak buka bahagian dalam pc, memang pun bila ada masalah baru buka casing PC, nak cabut kipas & heat sink kena berhati-hati takut ada part yang patah. susah nak cari sparepart nanti, lebih-lebih lagi ini barang lama.. (ada tips cara buka kat sini... http://www.pctechguide.com/tutorials/Pentium4_Remove.htm )

 Kat tengah tu processor Pentium 4, kipas & heat sink sudah dicabut.

 Cuba tengok kat gambar kipas kiri bawah, kat EMPAT penjuru tu adalah klip yang pegang heat sink yang gambar bawah kanan. :
 Jangan terkejut, banyaknya habuk terutama kat heat sink tu...

Apalagi cuci pakai vacuum cleaner & kain.. hasilnya :

 Bolehlah...

Dah selesai pasang balik kat motherboard PC..  :


Siap doh... tutup balik casing PC..