Pages

Wednesday, January 02, 2013

PC rumah tak dapat masuk Windows.

Semalam pc dekstop ada masalah hardware, terbongkok-bongkok troubleshoot sampai 2 pagi kerana komputer tak boot masuk ke Windows. Malam ni cuba masuk Safe Mode & selepas disable network adapter sekarang bolehlah tahan.. bila network adapter tak berfungsi, maka tak boleh lah guna kabel LAN untuk sambung ke internet menggunakan modem Streamyx. Semasa menggunakan internet sebelum ini, ada perasan simpton masalah slow connectivity. Kena disable/enable LAN connection baru OK... Sekarang guna wireless adapter. Tu yang semangat nak pos entri blog ni, selepas lebih setahun tak ada entri baru. He..he...

Trouble shoot yang dibuat semalam (tak dapat boot komputer) :
1. Tukar bateri CMOS.
2. Cuci & tukar kipas & heatsink processor.
3. Periksa RAM 3 keping.
4. Periksa kabel IDE hardisk.
5. Cuba boot dengan hardisk slave.
6. Reset BIOS..
7. Periksa kad grafik.
8. Vacuum bahagian dalam pc. (boleh ke ni?)