Pages

Sunday, October 02, 2011

Cetak Sebagai Fail PDF. (Print As PDF File.)

Kelmarin beli dakwat untuk printer rumah, beli combo-pack (hitam & warna) sebab dakwat hitam dah habis, yang warna ada sikit saja lagi..


Harga sekotak RM 110 untuk combo-pack hitam dan warna. Dapatlah jimat RM 10 untuk combo-pack berbanding beli pek katrij berasingan..


Di sebabkan dakwat printer ni dalam kategori kos yang tinggi juga, sebenarnya ada cara nak jimat iaitu dengan cara menggunakan program untuk cetak sebagai fail PDF (Adobe Portable Document Format - Acrobat). Contoh aplikasi ialah bila nak cetak resit bayar bil2 di Maybank2u, penyata online KWSP dan lain-lain lagi.
Contoh program yang boleh digunakan ialah doPDF - cara guna & dimana nak dapatkan program sila lihat panduan dari blog Master Arshad. - http://arsyadmaster.com/blog/kegunaan-dopdf/#more-2962

Bila dah install program ni, masa nak print, bolehlah pilih doPDF, lepas tu simpan fail PDF ni dalam pc @ pendrive.. :


Semasa 'Save' perhatikan lokasi folder fail tersebut disimpan, supaya senang untuk dicari.. Nama fail boleh ditukar jika perlu. :



Sebagai pilihan.....ada satu lagi program seumpamanya iaitu PrimoPDF yang mempunyai rating (CNET editors' rating & User Rating) yang tinggi di www.download.com, link nya di sini : 

http://download.cnet.com/PrimoPDF/3000-18497_4-10264577.html?tag=mncol;6

No comments: